Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parti pembangkang utama Bahrain, Persatuan Islam Kebangsaan, al-Wefaq mengecam penyertaan seorang Rabai kanan Israel di dalam acara keagamaan yang dianjurkan di negara Teluk Parsi itu dan menyimpulkan bahawa jemputan itu menunjukkan sikap permusuhan rejim Al Khalifah terhadap bangsa Bahrain secara keseluruhan.
Al-Wefaq kemudian menggesa rejim Manama untuk menghentikan perbuatan provokasi tersebut serta menamatkan projek normalisasi hubungan dengan rejim Zionis kerana kedua-dua tindakan itu tidak akan pernah berjaya untuk mengesahkan pemerintahan diktator Manama.
Kenyataan kemudian menekankan bahawa rundingan rejim Al-Khalifah berkaitan dengan projek toleransi dan kewujudan bersama adalah kebohongan yang sama sekali tidak sesuai dengan realiti di lapangan.
Pada hari Isnin, Rabbi Shlomo Amar menamatkan lawatannya ke Bahrain di mana beliau menghadiri persidangan pemimpin agama atas jemputan Raja Hamad bin Isa Al Khalifah. -Press TV
10 Disember 2019 - 18:44
News ID: 992874
Parti pembangkang utama Bahrain, Persatuan Islam Kebangsaan, al-Wefaq mengecam penyertaan seorang Rabai kanan Israel di dalam acara keagamaan yang dianjurkan di negara Teluk Parsi itu dan menyimpulkan bahawa jemputan itu menunjukkan sikap permusuhan rejim Al Khalifah terhadap bangsa Bahrain secara keseluruhan.