Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jemaah penziarah Kristian dari seluruh dunia telah berkumpul di bandar Bethlehem untuk merayakan hari kelahiran Hadhrat Isa a.s di sebalik penderitaan warga Palestin yang berhadapan dengan pendudukan Zionis ke atas kawasan tersebut.
Beribu-ribu rakyat Palestin dan warga asing mula berkumpul pada pagi Selasa pagi di "kota kecil" di Bethlehem -yang dikenali sebagai tempat kelahiran Nabi Isa a.s- untuk memeraikan perayaan Krismas di dalam dan sekitar Gereja Nativity.
Bishop Agung Pierbattista Pizzaballa -pentadbir apostolik Patriark Latin dari Yerusalem dan pejabat Roman Katolik yang paling senior di Timur Tengah- dijangka akan memimpin bacaan doa pada tengah malam di gereja yang turut dihadiri oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Pizzaballa berkata bahawa alasan untuk meletakkan "harapan" sentiasa wujud di sebalik kesukaran yang dihadapi oleh pelbagai pihak pada masa ini.
"Pada masa ini, kita boleh melihat (pelbagai isu termasuk) kemelut politik, krisis ekonomi, pengangguran, masalah keluarga - jadi apabila kita melihat kesemua realiti ini, kita boleh mengatakan bahawa tidak ada harapan (yang tersisa," katanya.
"Di sisi lain, apabila saya melawat keluarga, gereja dan masyarakat, saya mampu melihat banyak komitmen (diletakkan) ... untuk masa depan. Krismas (adalah masanya) untuk kita meraikan harapan," katanya. -Press TV
24 Disember 2019 - 18:40
News ID: 996180
Jemaah penziarah Kristian dari seluruh dunia telah berkumpul di bandar Bethlehem untuk merayakan hari kelahiran Hadhrat Isa a.s di sebalik penderitaan warga Palestin yang berhadapan dengan pendudukan Zionis ke atas kawasan tersebut.