AhlolBayt News Agency (ABNA)

source : Bernama
Khamis

13 Ogos 2020

5:22:41 PTG
1062577

Israel Serang Kedudukan Hamas Di Gaza

Tentera Israel mengebom kedudukan kumpulan Palestin Hamas di Semenanjung Gaza yang diduduki pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Tentera Israel mengebom kedudukan kumpulan Palestin Hamas di Semenanjung Gaza yang diduduki pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Pesawat perang Israel menyerang kedudukan milik Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas.

Tiada korban jiwa dilaporkan memetik Kementerian Kesihatan Palestin.

Pegawai Israel mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap beberapa belon api yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke atas Israel. - Bernama