AhlolBayt News Agency (ABNA)

source : Berita Harian
Khamis

20 Ogos 2020

4:51:02 PTG
1064324

Kuwait Dijangka Tidak Mampu Bayar Gaji Penjawat Awam Selepas November

Negara teluk yang kaya dengan hasil minyaknya, Kuwait, mungkin menghadapi kesukaran membayar gaji penjawat awam selepas November ini.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Negara teluk yang kaya dengan hasil minyaknya, Kuwait, mungkin menghadapi kesukaran membayar gaji penjawat awam selepas November ini.

Menteri Kewangannya, Barak Al-Sheetan, ketika sidang Parlimen semalam, mengesahkan mengesahkan negara timur tengah itu mengeluarkan Dana Simpanan Am sekitar 1.7 billion dinar setiap bulan bagi menampung perbelanjaan.

"Malah, kecairan kewangan negara akan bertambah parah jika harga minyak dunia terus mencatatkan penurunan .

"Selain itu, kedudukan kewangan negara juga akan bertambah kritikal sekiranya Kuwait tidak dapat meminjam dari pasaran tempatan atau antarabangsa," katanya.

Tambah beliau, belanjawan defisit negara itu juga meningkat kepada 69 peratus bersamaan 5.64 billion dinar pada fiskal tahun lalu.

Bagi fiskal tahun ini yang berakhir pada 31 Mac lalu, kerajaan Kuwait dianggarkan berbelanja lebih 14 billion dinar dengan upah dan subsidi menyumbang 76 peratus daripada jumlah perbelanjaan negara.

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan keperluan kewangan kerajaan untuk berkembang lebih cepat susulan kedudukan kecairan kewangan negara itu semakin lemah.

Ekonomi Kuwait antara yang paling teruk terjejas selepas pandemik COVID-19 melanda dunia sejak awal tahun ini ditambah dengan kejatuhan harga minyak secara mendadak. - AGENSI