Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Rabu

22 Disember 2021

8:03:02 PTG
1211369

Kenyataan Majma' Ahlul Bait (a.s) sempena shahadah Fatimah az-Zahra (a.s)

Majma' Ahlul Bait (a.s) mengemukakan perkara penting sempena shahadah Fatimah az-Zahra (a.s)

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Majma' Ahlul Bait (a.s) mengemukakan perkara penting sempena shahadah Fatimah az-Zahra (a.s)

Teks pernyataan ini adalah seperti berikut:

بسمه تعالی

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. - Surah al-'Imran, ayat 104

Agama Islam, yang sejak awal terbit fajar yang permai, dalam cahaya risalah penyatuan "dberpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai" adalah usaha untuk menyusun hati dan membina umat sehingga masyarakat dikurnia kekuatan.

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Katakanlah "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka barpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". Surah al-'Imran, ayat 64

Demi mengukuhkan masyarakat Islam, demikian juga demi tarikan yang maksimum di kalangan penganut agama-agama ketuhanan, termasuklan dalam keadaan bersiap sedia berhadapan dengan rancangan jahat musuh-musuh zahir dan godaan orang-orang jahil dari dalam, yang secara sengaja atau akibat kejahilan dan kelalaian, ekstremisme, maka gendang perpecahan dipukul dan perbuatan label melabel bagi setiap individu dan mazhab, memberikan gelaran setiap pecahannya, supaya masyarakat yang bersepadu dan terjalin ini berpotensi dirobek-robek dan hancur dari dalam.

Zaman Islam sekarang tidak terlepas daripada percubaan terdesak musuh-musuh dan ejen mereka dalam sekutu-sekutu orang dalam. Kesakitan kronik ini disebabkan oleh kejahilan di kalangan saudara-saurada seagama. Kini setelah kebangkitan semua cahaya umat Islam dalam cahaya Revolusi Islam yang besar maka ia menjadi peluang bagi umat Islam untuk mendapatkan semula dirinya, mencari kehidupan semula dan bersatu menentang serangan ketenteraan, budaya dan ekonomi musuh. Kita melihat semula masyarakat Muslim yang, saling berganding tangan bersama-sama memberikan penentangan yang jelas dan tersembunyi dari orang-orang yang tidak cekap, setiap masa dan setiap waktu, mereka berhadapan dengan konspirasi dan godaan orang-orang yang jahil. Mungkin mereka tampil dalam berpakaian ulama dan secara zahirnya mempertahankan agama, namun dengan seribu kekesalan, mereka meninggalkan prinsip asas dan penyatuan agama, dengan membangkitkan isu-isu yang memecahbelahkan, menyasarkan asas agama dan seolah-olah mempertahankan agama pada pendapat mereka. Suatu hari mereka mencari hasutan dengan membangkitkan isu-isu teologi dan sejarah, suatu hari mereka membahayakan dengan bergantung pada sub-isu yang kurang penting, dan hari ini dengan membuat filem, menggunakan alat media dan plot syak wasangka yang mudah dan kebudak-budakan, airnya bergelumang berlumpur. Mereka menyediakan alasan untuk menghasut, perselisihan dan perpecahan, dan amat malang kadang-kadang tindakan ini dilakukan dengan sokongan terbuka musuh-musuh agama dan dari dalam rumah musuh.

Tetapi hari ini, dan pada malam ulang tahun shahadah Fatimah az-Zahra, wanita agung yang disedari dan diakui oleh kedua golongan mazhab, kita menyaksikan kesan dan bukti perpecahan jenis ini.

Majma' Ahlul Bait (a.s), dengan penekanan pada memelihara prinsip-prinsip agama Islam, ajaran-ajaran tertingginya, dengan menumpukan perhatian yang teliti kepada keperluan masyarakat Islam agar beroleh manfaat sebanyak mungkin daripada pengajaran demi menyelamatkan sekolah pemikiran bimbingan Ahlul Bait (a.s) maka Majma' dengan ini ingin menarik perhatian umat Islam yang mulia, masyarakat pengikut dan pencinta Ahl al-Bayt (as), Syiah yang ikhlas Nabi saw. Islam dan para Imam (as), terutamanya perhatian semua individu, ahli dan kerabat Majma' serantau serta negara-negara terhadap perkara berikut:

1. Perpaduan Umat Islam ditekankan berulang kali. Menurut Imam Khomeini, perpaduan adalah kunci kemenangan. Sebagaimana yang perlu diperhatikan secara berterusan, bercerai berai bakal membuka jalan kepada perpecahan Umat Islam, atas apa jua alasan, untuk sebarang tujuan atau kecuaian dan kejahilan, sudah pasti sekaligus menjadi orang yang berperang bersama musuh di medan mereka dan bersekutu dengan penentang agama, nilai keagamaan dan revolusioner.

2. Berasaskan Al-Quran, "Katakanlah: Aku tidak meminta ganjaran kepadamu melainkan kecintaan kepada kerabat", maka kecintaan Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda, kedudukan maknawi dan ilmu baginda (s.a.w) di setiap masa dan zaman, dapatlah diberikan perhatian. Melainkan puak pelampau Wahabi dan Salafi yang jahil yang telah sesat serta membakar dunia Islam hari ini berdasarkan hasutan British Zionis, mereka ini tidak mampu bertemu dengan Syiah atau Sunni yang mempunyai cinta dan kasih sayang terhyadap Ahlul Bait, tiadalah juga kecintaan itu mendapat tempat dalam hati mereka. Garis panduan kerohanian Imam-imam Maksum, dan bimbingan ilmu mereka sejak hari-hari terawal selepas Nabi (s.a.w) perhatian umum umat Islam terhadap wahyu-wahyu panduan ini adalah jelas. Adalah wajar dan ke atas Umat Islam untuk menjadikan penting penting ini sebagai kriteria untuk bertindak, dan dengan tumpuan kepada cinta serta kasih sayang Ahlul Bait, dapat memberi kedamaian, mendekatkan hati antara satu sama lain dan menyempitkan arena orang yang tidak berkenan.

3. Ekstremisme dan kejauhan dari sempadan kesederhanaan adalah berada di satu pihak manakala penghinaan simbol suci agama mana-mana individu dan puak, adalah tindakan yang tidak diingini dan bertentangan dengan nilai agama serta bertentangan dengan nasihat pemimpin agama sosial kita. Terpulang kepada pemimpin sebenar dunia Islam, termasuk mufti dan pihak berkuasa agama, untuk menolak dan mengutuk dengan serius "menghina kesucian agama", satu tugas yang membebankan kita semua, untuk memalingkan semua kumpulan dan arus Islam ke arah wawasan yang berhemah, bertolak ansur, mengawal dan mengurus tingkah laku harmoni. Ditegaskan bahawa jika berlaku sedikit perpecahan di kalangan umat Islam akibat ekstremisme dan penghinaan antara satu sama lain atau titisan darah tertumpah akibat konspirasi media yang jahil dan disengajakan ke arah ini, maka semua pelaku dan tentera upahan ini, maka itu semua merupakan pergerakan sekutu-sekutu di dalamnya. Ia sudah pasti akan dituntut secara sah oleh suruhanjaya undang-undang dunia Islam.

4. Kami sangat percaya dan kami kemukakan perkara ini agar menjadi perhatian kepada kepentingan Umat Islam, iaitu musuh-musuh Islam, walaupun sepanjang sejarah telah berulang kali gagal menentang keagungan Islam dan umat Islam, walaupun kemerosotan mereka kebelakangan ini dengan kemenangan Revolusi Islam and pertumbuhan yang ajaib telah dirasai dan diakui di semua bahagian dunia, tetapi mereka tidak pernah melepaskan konspirasi jahat, hasutan mereka dan tidak akan duduk diam di jalan ini. Pengakuannya terhadap penciptaan kumpulan seperti ISIS adalah permulaan skandalnya dan tidak lama kemudian kita mendengar daripadanya rahsia kemunculan Syiah British dan Sunni British, Amerika dan Zionis serta mendengar kabar tentang perbelanjaan berbilion dolar untuk tujuan program media ruang siber, pembikinan filem dan seumpamanya, kerana mereka sendiri telah mengakui membelanjakan berbilion dolar untuk program ketenteraan selama ini. Menurut orang-orang tua Ummat Islam, Syiah British dan Sunni Amerika dan segala-galanya daripada program-program yang nampaknya Islam sebagai hasil daripada hasutan Ibrani Barat, tidak lain hanyalah memudaratkan Islam dan tidak ada cara lain untuk menghadapinya.

5. Tidak ada sebab untuk memilih kedudukan ini apabila musuh Islam mengejarnya selama bertahun-tahun, kecuali untuk melihat kemenangan berturut-turut Islamis sejati di dunia, diplomasi aktif di arena antarabangsa, kemajuan masyarakat Islam dalam politik dan budaya dunia, kemuncak kedudukan politik, keselamatan serta kewibawaan para pembela kesucian Ahlul Bait (a.s) dan tindak balas yang berwibawa yang membawa kepada kekalahan penganut Islam Muhammad yang tulen dalam peperangan, kesatuan dan pakatan anti-hak asasi manusia pencapaian saintifik, teknologi dan ketenteraan.

6. Pada akhirnya, diingatkan bahawa para pencari Islam yang sebenar tidak akan mengambil langkah selain daripada perpaduan seluruh umat Islam, empati dan bahasa bersama semua manusia sebagai keperluan global yang mendesak; Dalam hal ini, gerakan dan tindakan perpaduan, kemanusiaan, perdamaian dan orientasi keadilan berdasarkan rasional adalah bukti kebenaran dan dakwaan itu.

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka. - Surah al-Saff ayat 8

Majma' Ahlul Bait (a.s)
Jamadi Al-Awal 1443 Hijrah / Disember 2021