Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian.com
Rabu

23 November 2022

7:18:54 PTG
1325801

Iran serang tapak protes di Kurdistan guna peluru berpandu, dron

DUBAI: Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menyasarkan ibu pejabat 'kumpulan pemberontak' di wilayah Kurdistan Iraq, dalam serangan awal pagi tadi menggunakan peluru berpandu dan dron, lapo agensi berita separa rasmi, Fars.

IRGC menyerang kubu militan pembangkang Kurdish Iran di wilayah Kurdistan sejak kematian wanita Kurdish, Mahsa Amini, pada 16 September lalu, sekali gus mencetuskan protes di Iran dan juga serata dunia.

Iran menuduh militan Kurdish berpangkalan di Iraq sebagai dalang kekecohan, tunjuk perasaan serta protes di Iran dan menmgugut akan menyerang pemberontak Kurdish bersenjata di Iran.

IRGC membedil pangkalan tentera di wilayah autonomi Iraq di wilayah Kurdistan, menyasarkan untuk memusnahkan sama sekali lokasi yang sebelum ini musnah sebahagiannya dalam serangan terdahulu, lapor Fars.

Pentadbiran Pusat Amerika Syarikat (AS), dalam satu kenyataan, mengutuk serangan hari ini.

342/