Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian.com
Isnin

12 Disember 2022

6:13:58 PTG
1330515

Tentera Israel bunuh gadis Palestin di Tebing Barat

Baitulmaqdis: Tentera Israel menembak mati seorang gadis Palestin berumur 16 tahun ketika melakukan serbuan di Jenin, semalam, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Pasukan Israel berkata, pihaknya sedia maklum berhubung laporan kematian mangsa dan sedang meneliti kejadian berkenaan.

Rejim Zionis mendakwa, tenteranya melakukan serbuan untuk menahan tiga individu dikehendaki sebelum tercetus insiden berbalas tembakan.

Jenin yang terletak di utara Tebing Barat, menempatkan kem pelarian. Ia bersama bandar Nablus terletak berhampiran, bergolak dengan keganasan mencengkam Tebing Barat sepanjang tahun ini yang menyaksikan tentera Israel melakukan serbuan hampir setiap hari.Pihak berkuasa Palestin melaporkan, sekurang-kurang 165 warga Palestin meliputi orang awam dan anggota kumpulan pejuang, dibunuh tentera Israel di Tebing Barat, tahun ini.

Dalam tempoh sama, sekurang-kurang 23 orang awam serta lapan tentera Israel dilaporkan maut di Israel dan Tebing Barat yang turut dilanda peningkatan pertempuran antara penduduk penceroboh itu dengan warga Palestin.

342/