Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian.com
Isnin

19 Disember 2022

9:00:09 PTG
1332303

Liga Arab kecam kempen 'sistematik' Israel terhadap Baitulmaqdis

KAHERAH: Liga Arab semalam mengecam peningkatan kempen 'sistematik' Israel di Baitulmaqdis dan serangan ke atas rakyat Palestin serta mencemarkan kesucian tempat ibadat umat Islam dan Kristian, lapor Agensi berita Jordan (Petra).

Penolong bagi Setiausaha Agung untuk Palestin dan Wilayah Arab yang Diduduki-Liga Arab, Saeed Abu Ali, berkata pencerobohan dilakukan pendatang Israel terhadap Masjid Al Aqsa di bawah perlindungan pihak berkuasa Israel adalah 'sebahagian daripada usaha (Israel) cuba mengubah status quo dan membahagikan Masjid dari segi masa dan ruang'.

Keputusan pengusiran yang dibuat pihak berkuasa Israel tertakluk di bawah dasar pembersihan etnik dan pemindahan secara paksa di Baitulmaqdis.

Ia dilihat sebagai cubaan 'mengepung Kota Suci, mengasingkannya dari persekitaran, mengosongkannya daripada penduduk Palestin, mengubah ciri demografi, geografi dan sejarah'. - BERNAMA

342/