Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Joko 'Jokowi' Widodo memilih ketua Majlis Ulama Indonesia, Ma'ruf Amin, sebagai calon naib presiden pada pemilihan 2019, katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Amin, 75, ialah 'tokoh agama bijak', kata Jokowi ketika menggambarkan pilihannya, menambah semua sembilan parti dalam gabungan bersetuju dengannya.
Jokowi dan Amin akan mendaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya esok. - Reuters
9 Ogos 2018 - 13:45
News ID: 904797

Presiden Joko 'Jokowi' Widodo memilih ketua Majlis Ulama Indonesia, Ma'ruf Amin, sebagai calon naib presiden pada pemilihan 2019, katanya dalam sidang akhbar hari ini.