Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Berita Nasional (BERNAMA) hari ini melaporkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengarahkan pentadbiran institusi pengajian tinggi awam dan swasta mengambil tindakan tegas terhadap pensyarah atau penuntutnya yang terlibat dalam ajaran Syiah.
Mohamed Khalid menyifatkan ajaran Syiah bertentangan dengan ajaran Islam di negara ini.
"Saya mahu pihak pentadbir universiti menumpukan kepada pensyarah kerana mereka mampu mempengaruhi orang lain terutamanya pelajar bagi menyekat ajaran ini daripada berleluasa," kata beliau kepada wartawan Taman Johor Jaya, negeri Johor.
Sementara itu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata jabatan Pengajian Tinggi diarah menyediakan laporan mengenai penglibatan pensyarah dan mahasiswa universiti dalam ajaran Syiah.