Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur mengecam fitnah dan penghinaan terhadap Syiah Imamiyah di Malaysia sambil mengaskan tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan tidak ada kaitan dengan pegangan sejumlah besar masyarakat Islam di dunia ini. Berikut adalah terjemahan pengumuman Konsul Kebudayaan tersebut:

بسم الله الرحمن الرحیم« واعتصموا بحبل الله جمیعا و لاتفرقوا »

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan yang maha mengasihani

“Dan berpegang eratlah kalian semua dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah (Ali Imran: 103)”.

Berkenaan dengan penyebaran pernyataan tidak berasas dan penghinaan yang dikeluarkan oleh media Malaysia terhadap pegangan pengikut Ahlul Bait (a.s.) yang disusuli dengan banyak protes, Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran mengecam propaganda rapuh terhadap akidah yang menjadi pegangan sebuah masyarakat Islam yang amat besar ini, sambil menekankan bahawa tidak ada kaitan sama sekali tuduhan itu dengan akidah Syiah, ia dianggap sebagai pernyataan tidak logik yang digunakan oleh Zionism sedunia, musuh Islam dan sesiapa sahaja yang menentang perpaduan umat Islam, ia juga dianggap sebagai menentang kepentingan nasional anggota Pertubuhan Negara-Negara Islam Sedunia.

Jejak langkah penting untuk perpaduan, kesetiakawanan, kerjasama, perundingan dan kesefahaman antara antara umat Islam telah lama ditekan oleh para ulama dan pemimpin yang tulus daripada kalangan umat Islam. Kami percaya bahawa prinsip-prinsip umum yang ada di kalangan orang Islam adalah sangat penting, muktamad dan bernilai tinggi, yang menyebabkan kita tidak perlu berdebat dan berbalah tentang perselisihan kecil.

Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia memohon kerajaan Malaysia yang dihormati supaya mengambil langkah yang perlu untuk menyingkirkan kesan negatif hasil dari tuduhan-tuduhan tersebut dan mencegah propaganda yang sama berulang lagi. Kami juga meminta semua warga Iran yang tinggal di Malaysia mematuhi undang-undang dan peraturan kerajaan Malaysia yang juga saudara dan sahabat kita, serta melaksanakan kegiatan yang berasaskan perpaduan dan persaudaraan umat Islam.

Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia