Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran, Abbas Mousavi, berkata Amerika Syarikat telah membuat percaturan yang salah apabila menganggap bahawa mereka mampu mengekang pengaruh Iran melalui tindakan keganasan termasuk pembunuhan Jeneral Pasukan Quds, Haji Qasem Soleimani yang diarahkan secara langsung oleh Presiden Donald Trump.
"Pengaruh kami tidak bergantung kepada mana-mana individu ... pengaruh ini bahkan akan terus diperkukuhkan berkat dengan darah beliau (Jeneral Soleimani) dan negara serantau pula akan mengubah pandangan mereka terhadap Iran dan barisan Muqawwamah [di masa hadapan]," katanya dalam satu temu bual bersama agensi berita Fars pada hari Rabu.
"Mereka yang bertanggungjawab di dalam jenayah hina dan pengecut ini menganggap mereka dapat melemahkan pengaruh dan menyekat kehadiran kami di rantau ini melalui pembunuhan Jeneral [Soleimani], tetapi dengan melihat situasi semasa di rantau ini, mereka akan bukan sahaja bakal melihat bahawa objektif ini idak akan menjadi kenyataan ...," katanya.
Mousavi juga berkata bahawa pembunuhan Jeneral Soleimani di tangan A.S adalah "pencabulan nyata" terhadap sistem keamanan dan keselamatan antarabangsa dengan merujuk kepada resolusi PBB 3314.
Pada 3 Januari lepas, Leftenan Jeneral Soleimani, pemerintah Pasukan Quds dari Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), dan Abu Mahdi al-Muhandis yang merupakan Naib Ketua Unit Penggerak Popular (PMU) Iraq dan pengiring mereka maut di Baghdad di dalam serangan dron A.S.
Serangan yang disifatkan sebagai pengecut dan memiliki elemen keganasan dilancarkan di bawah arahan langsung Presiden A.S, Donald Trump.
Sebagai respon, IRGC melancarkan peluru berpandu balistik pada hari Rabu lepas ke atas pangkalan udara Ain al-Assad A.S di barat Anbar dan fasiliti lain di Erbil yang mana kedua-dua pangkalan itu menempatkan tentera A.S. -Agensi
22 Januari 2020 - 18:52
News ID: 1004607
Jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran, Abbas Mousavi, berkata Amerika Syarikat telah membuat percaturan yang salah apabila menganggap bahawa mereka mampu mengekang pengaruh Iran melalui tindakan keganasan termasuk pembunuhan Jeneral Pasukan Quds, Haji Qasem Soleimani yang diarahkan secara langsung oleh Presiden Donald Trump.