Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pakar bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu hak asasi menggesa siasatan berhubung penglibatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman di dalam kes penggodaman telefon pemilik akhbar harian Washington Post, Jeff Bezos.
Jamal Khashoggi yang dibunuh di fasiliti konsulat Arab Saudi di Turki merupakan penyumbang penting di dalam sebuah kolum akhbar harian itu.
Pakar-pakar PBB itu merujuk kepada analisis forensik yang menunjukkan bahawa telefon Bezos digodam pada 1 Mei 2018 melalui fail video MP4 yang dikirim dari akaun WhatsApp milik Putera Mahkota Saudi Mohammad bin Salman.
"Pengggodaman telefon bimbit Bezos dan beberapa individu lain memerlukan siasatan segera oleh pihak A.S dan pihak berkuasa lain yang berkaitan," kata Wakil Khusus PBB, Agnes Callamard dan David Kaye dalam satu kenyataan di Geneva pada hari Rabu.
Callamard, pelapor khas berkaitan jenayah pembunuhan beramai-ramai dan Kaye, pelapor khas berhubung ekspresi bebas berkata mereka "sangat prihatin" berkenaan perkembangan isu itu. -Agensi
22 Januari 2020 - 19:10
News ID: 1004611

Pakar bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu hak asasi menggesa siasatan berhubung penglibatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman di dalam kes penggodaman telefon pemilik akhbar harian Washington Post, Jeff Bezos.