27 Januari 2020 - 19:05
Pembunuhan Jen. Soleimani Buktikan Bahawa A.S Pimpin Keganasan Global: Iran

Kementerian Luar Iran mengatakan pembunuhan Jen. Pasukan Quds Iran yang terlibat langsung dalam operasi anti-pengganas di rantau Timur Tengah membuktikan bahawa pentadbiran Amerika Syarikat menduduki tempat utama dalam senarai penaja keganasan global.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Kementerian Luar Iran mengatakan pembunuhan Jen. Pasukan Quds Iran yang terlibat langsung dalam operasi anti-pengganas di rantau Timur Tengah membuktikan bahawa pentadbiran Amerika Syarikat menduduki tempat utama dalam senarai penaja keganasan global.

"Pembunuhan yang menyasarkan oleh Leftenan Jeneral Soleimani - legenda anti-pengganas - membuktikan kepada dunia bahawa kerajaan A.S merupakan penaja utama keganasan global," kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada hari Isnin.

Pada 3 Januari lepas, A.S membunuh Jeneral Soleimani, komander Pasukan Quds dari Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran dan Abu Mahdi al-Muhandis yang merupakan Timbalan Ketua Unit Gerakan Popular (PMU) Iraq di Baghdad.

Operasi itu dilancarkan di bawah arahan langsung Presiden Donald Trump dengan Jabatan Pertahanan A.S bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kelancaran jenayah tersebut.

Kedua-dua pemimpin tentera tersebut sangat dihormati oleh negara-negara Islam atas usaha mereka dalam membasmi kumpulan pengganas Daesh Takfiri yang ditaja oleh A.S di rantau ini.

Pembunuhan itu juga telah meningkatkan sentimen anti-A.S di rantau ini dengan Parlimen dan bangsa Iraq kini berusaha keras untuk memaksa pengunduran tentera A.S dari negara Arab tersebut.

Jenayah A.S itu juga mengundang respon keras Tehran yang sebelum ini melancarkan serangan peluru berpandu ke atas dua pangkalan tentera A.S di Iraq.

Di sebalik penafian awal oleh pentadbiran Washington termasuk Trump sendiri, setakat ini laporan menunjukkan bahawa 34 orang anggota tentera A.S disahkan mengalami kecederaan akibat daripada serangan yang turut memusnahkan fasiliti dan kelengkapan tentera di pangkalan Ain al-Assad serta Erbil. -Agensi