9 Februari 2020 - 18:28
Tentera Syria Bebaskan 600 km Persegi Kawasan Di Wilayah Aleppo Dan Idlib

Tentera kerajaan Syria berjaya membuat kemajuan yang signifikan di dalam operasi mereka ke atas kumpulan pengganas Takfiri tajaan kuasa asing di wilayah Aleppo dan Idlib.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Tentera kerajaan Syria berjaya membuat kemajuan yang signifikan di dalam operasi mereka ke atas kumpulan pengganas Takfiri tajaan kuasa asing di wilayah Aleppo dan Idlib.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita rasmi SANA pada hari Ahad, Pusat Pemerintah Am Pasukan Tentera Darat dan Angkatan Bersenjata Syria mengumumkan bahawa pihak tentera kerajaan telah berjaya membuat kemajuan di wilayah Idlib dan Aleppo.

Menurut mereka perkara itu merangkumi pembebasan kawasan strategik seluas 600 kilometer persegi.

Kenyataan itu menyebutkan beberapa bandar dan desa yang dibebaskan oleh pihak tentera kerajaan termasuk Khan al-Sabil, Jobas, al-Nayrab, Tell Mardikh, Kafr Amim, Afes, Saraqib, Tell al-Tabariz, Maharem, Zummar, al-Eis, Tell Touqan, Khan Tuman , Khalsa, Zitan dan al-Rayyan.

Mereka turu menambah dengan menegaskan bahawa pasukan tentera Syria akan terus memelihara kedaulatan negara dan memartabatkan bangsa dan membasmi ancaman kumpulan pengganas. -Agensi