Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pasukan Pertahanan Udara Syria telah berjaya mematahkan serangan Israel dengan menembak jatuh sejumlah peluru berpandu "musuh" di ruang udara Damsyik sebelum peluru itu menghentam sasarannya.
Agensi Berita Rasmi Syria (SANA) mengatakan bahawa serangan rejim Israel yang mengorbankan nyawa tiga orang awam dilancarkan oleh Tel Aviv pada awal pagi Isnin.
Menurut laporan yang sama, peluru berpandu Israel itu dilancarkan dari ruang udara Lubnan.
Israel telah melancarkan ratusan serangan ke atas negara Arab itu dengan menyasarkan kedudukan tentera kerajaan dan sekutunya sejak bermulanya konflik yang melibatkan campur tangan kuasa asing pada tahun 2011 di Syria.
Kerajaan Syria sebelum ini menegaskan bahawa rejim Israel serta sekutunya di Barat dan kawasan serantau giat membantu kumpulan pengganas Takfiri menggugah keselamatan negara itu. -Press TV
27 April 2020 - 16:21
News ID: 1030706
Pasukan Pertahanan Udara Syria telah berjaya mematahkan serangan Israel dengan menembak jatuh sejumlah peluru berpandu "musuh" di ruang udara Damsyik sebelum peluru itu menghentam sasarannya.