17 Mei 2020 - 18:19
A.S Sokong Pengganas, Akan Segera Diusir Dari Syria Serta Iraq: Ayatullah Khamenei

Pemimpin Revolusi Islam Iran Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa A.S dibenci di pelbagai belahan dunia kerana dasar Washington yang meyokong keganasan.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pemimpin Revolusi Islam Iran Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa A.S dibenci di pelbagai belahan dunia kerana dasar Washington yang meyokong keganasan.

Ayatullah Khamenei membuat kenyataan tersebut ketika berucap di dalam pertemuan tahunan sempena bulan Ramadan dengan sekumpulan pelajar universiti Iran pada hari Ahad ini. Pertemuan itu walaubagaimanapun dianjurkan secara online memandangkan Iran masih melarang perhimpunan awam berikutan wabak COVID 19 yang melanda negara itu dan seluruh dunia.

Beliau juga menambah dengan mengatakan bahawa negara tersebut akan segera diusir dari negara Arab Syria dan Iraq di mana Washington menempatkan bala tentera mereka secara haram.

"Polisi jangka panjang Amerika Syarikat, sikap konfrontasi mereka, tindakan membantu rejim kejam, membantu (kumpulan) pengganas dan usaha berterusan (Washington yang) menyokong kezaliman telah menyebabkan mereka ini dibenci di pelbagai belahan dunia," kata Pemimpin itu lagi.

Beliau juga menjelaskan bahawa sokongon berterusan Washington kepada kumpulan pengganas di Syria dan Iraq juga akan segera menamatkan kehadiran haram mereka di kedua-dua buah negara Arab tersebut. 

"Pada hari ini, masyarakat A.S dan sistem politik mereka tidak lagi menarik perhatian dunia. Bahkan mereka kini menjadi subjek kebencian daripada pelbagai masyarakat dunia," jelas beliau. -Press TV