21 Mei 2015 - 16:53
Sepupu Saddam maut bersama gerombolan pengganas IS

Sepupu diktator Iraq terbunuh dalam pertempuran di Tikrit

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sepupu rejim diktator Saddam, Ibrahim Sabawi menemui ajalnya dalam pertemputan di Beiji, daerah Salahuddin, Iraq.

Laman sesawang yang berkaitan dengan pengganas IS (Negara Islam) memaklumkan kematiannya dengan menyiarkan gambar lama Ibrahim Sabawi sambil mengucapkan takziah dan menyifatkannya sebagai singa khalifah.

Parti haram Ba'ath dalam satu kenyataannya turut mengesahkan berita kematian sepupu Saddam tersebut. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ba'ath, Sabawi berusia 32 tahun terbunuh dalam pertempuran di Beiji.

Sabawi juga dikatakan dalang dalam jenayah pembunuhan 1700 pelajar Universiti Tentera Udara Iraq yang kebanyakannya berusia lebih kurang 20 tahun ketika krisis keganasan memuncak.