Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Salah seorang Pemimpin Tertinggi Revolusi Yaman menyifatkan rundingan damai di Geneva hanyalah bertujuan memberikan keuntungan kepada Arab Saudi.
Nayef Qanis berkata demikian dan menambah, "Arab Saudi mempunyai niat untuk melepaskan diri dari tanggung jawabnya dalam pengeboman selama 80 hari di dalam persidangan Geneva."
Beliau yang juga pemimpin parti Ba'ath Yaman menyifatkan usaha menentang revolusi Yaman yang dipelopori Mansur Hadi dan Khalid Bahah bukanlah kumpulan aktivis politik, bahkan menjadi alat untuk mencapai misi pihak tertentu.
Persidangan di Geneva akan berlangsung hari ini, namum pihak tentera Yaman dan Ansarullah memaklumkan pihak mereka tidak dapat menyertai rundingan tersebut atas sebab-sebab tertentu.
Dalam masa yang sama rejim Saudi juga masih berkeras untuk meneruskan serangan udara.
Revolusi kedua Yaman telah menyebabkan presiden republik itu melarikan diri manakala komuniti revolusi telah mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan.