Agensi Berita Ahlul Bati (ABNA24.com) - Pengrusi yayasan Basij Iran, Brigadier Jeneral Mohamad Reza Naqdi mendedahkan bahawa mata-mata Amerika yang
ditangkap di seluruh negaranya menerima arahan dari Menteri Luar Amerika, John Kerry, dengan misi menjatuhkan sistem pemerintahan Republik Islam Iran
dengan dana yang cukup besar.
"Penangkapan mata-mata telah membawa pengakuan bahawa John Kerry telah mengarah 34 projek untuk menggulingkan pemimpin Republik Islam Iran, " jelas
Naqdi dalam satu majlis di Tehran, kelmarin.
Menurut beliau, mata-mata yang ditangkap turut menerima dana sebanyak 2 bilion untuk menjalankan konspirasi John Kerry dari orang tengah.
Naqdi menegaskan, mata-mata yang ditangkap bukan sekadar menjadi pembekal maklumat, malah mereka sendiri turut terlibat dalam operasi menjatuhkan
kerajaan.
Pada awal bulan November, jurubicara mahkamah Iran, Gholamhossein Mohseni Ejei memaklumkan penangkapan beberapa suspek atas pertuduhan
mengancam keselamatan negara.
Jeneral Naqdi juga menuduh Washington menjadi perancang utama projek sabotaj dan komplot terhadap keselamatan Iran.