28 November 2015 - 09:51
8 militan bawa bendera ISIS terbunuh

Militan bawa bendera ISIS diserang tentera Filiphina

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - 8 lelaki yang membawa bendera ISIS (Islamic State of Iraq and Syria) termasuk warga Indonesia maut setelah diserang pihak berkuasa Filiphina, pagi Khamis lalu, di kota Palimbang, Sultan Kudarat.

Lima bendera ISIS, dokumen, radio, senjata api dan bahan letupan antara yang ditemui di kalangan mereka.

Menurut kerajaan Filipina, kumpulan ini dikenali sebagai Ansar al-Khalifa yang dikepalai Muhd Jaafar Maguid. Maguid yang lebih dikenali sebagai Komando Tokboy adalah pemimpin militan di Barangay Butril, Palimbang dan mempunyai pengikut seramai 40 orang yang lengkap bersenjata.

Menurut sumber tentera, kumpulan ini tidak ada kaitan dengan ISIS, namun hanya menunjukkan sokongan semata-mata. Militan ini dikatakan mendapat sumber dana dengan mengutip wang perlindungan daripada petani tempatan.

Warga Indonesia yang terbunuh dalam serangan tersebut sudah dikenal pasti sebagai Abdul Fatah.