9 Disember 2015 - 11:45
Pengganas IS pancung 2 individu atas tuduhan sihir

2 individu dipancung pengganas IS atas tuduhan menjadi ahli sihir

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Militan IS (Negara Islam) bertindak membunuh 2 individu di hadapan khalayak ramai dalam satu lagi siri kekejaman atas
nama agama, di Tripoli, Libya.

Berasaskan berita ini, dua individu berbaju oren itu dipancung atas tuduhan menjadi ahli sihir.

Penganalisa politik menganggarkan terdapat 2000 anggota pengganas IS aktif melakukan keganasan di Libya. Video yang tersebar ini bukanlah kali pertama
militan tersebut membunuh orang awam Libya.

Penduduk Libya sekarang ini panik dengan kehadiran gerombolan pengganas IS yang sudah berjaya menguasai beberapa kawasan di negara Libya.


..............