11 Disember 2015 - 23:55
Aziz Hanafi sahkan 50 maahad tahfiz bebas pengaruh militan IS

Aziz Hanafi merasakan kebanyakan maahad tahfiz bebas dari pengaruh militan IS

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pengerusi Gabungan Institusi Pondok Tahfiz dan Ilmuan Islam (GIPTIS), Prof Madya Dr Aizz Hanafi
berkata, GIPTIS dengan kerjasama Pejabat Mufti Kedah sentiasa berjaga-jaga bagi mengekang kemasukan fahaman lain terutamanya militan ke
negeri itu.

Katanya, sehingga kini, seramai lima ustaz di bawah seliaan GIPTIS dihantar ke semua sekolah pondok dan maahad tahfiz secara bergilir-gilir
sebanyak dua kali sebulan bagi memastikan institusi agama berkenaan bebas daripada pengaruh IS.

“Keadaan ini membuktikan pengajian akidah dan tauhid daripada fahaman Ahli Sunnah Waljamaah (Asya’irah dan Matudiriah), tasawuf (al-Ghazaliah)
serta fiqah (Imam Shafie) yang diselaraskan oleh GIPTIS, berjaya membendung pembabitan tenaga pengajar dan pelajar dengan kumpulan IS.
“Kurikulum pendidikan yang diselaraskan ini memberi kefahaman sebenar terhadap tasawwur Islam yang lebih cenderung ke arah menghormati
pemerintah.

“Secara tidak langsung semua pelajar beriltizam dengan disiplin pengajian disampaikan, malah fahaman Ahli Sunnah Waljamaah tidak mempunyai
unsur penganjuran ke arah membakar semangat pengikutnya untuk memberontak terhadap kerajaan yang memerintah,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya, yang memberi jaminan pintu sempadan Malaysia-
Thailand di Bukit Kayu Hitam, dekat sini, bebas daripada konco IS membabitkan rakyat Syria.

Negeri Kedah antara negeri yang melancarkan serangan hebat terhadap Syiah samada di masjid, radio dan forum anjuran agensi agama. Sejak
akhir-akhir ini beberapa ahli akademik mengesyaki gerakan IS didalangi gerakan sendiket anti Syiah yang mendorong rakyat Malaysia menyertai
militan tersebut untuk membunuh pengikut mazhab Syiah.