30 Disember 2015 - 03:51
DAP didakwa berhasrat membuka pengkalan tentera Israel di Port Dickson

Mohd Zuhdi Marzuki pertikai DAP yang enggan menafikan tuduhan hubungan erat parti tersebut dengan negara haram Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pengarah Pusat Penyelidikan Parti Islam Semalaydia (PAS), Mohd Zuhdi Marsuki menganggap pendedahan Mohamed Razali Abd Rahman mengenai hubungat erat Parti Tindakan Demokrasi (DAP) dengan negara haram Israel adalah suatu tuduhan serius. Beliau berkata demikian dalam status yang dimuatkan dalam akaun Facebooknya dengan menyifatkan tindakan Razali itu sebagai menggugat keselamatan negara dan menyinggung sensitiviti umat Islam.

Antara dakwaan Mohamed Razali Abd Rahman yang dianggap terlalu serius ialah:

1. Pakar perisikan Israel terlibat untuk melatih G17 atau kumpulan seramai 17 orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Phua, yang mana saudara Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu.

2. Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan saudara Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

3. DAP didakwa ditawarkan dana PRU ke 13 sebanyak USD 300 juta oleh Israel, dan seterusnya Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS mempertikaikan DAP yang tidak menafikan tuduhan tersebut.