22 Februari 2016 - 11:34
Militan IS mengaku serang Damsyik, Homs

Militan IS mengaku bertanggungjawab dalam serangan bom yang mengorbankan 57 orang

BEIRUT: Militan IS mengaku bertanggungjawab atas serangan bom yang mengorbankan sekurang-kurangnya 57 orang di Homs dan 30 orang di daerah selatan Damsyik, tapak suci Syiah semalam, kata lapor agensi berita Amaq, yang menyokong kumpulan terbabit.

Menurutnya, dua pengebom meletupkan diri mereka di daerah Sayeda Zeinab selepas meletupkan sebuah bom kereta. Saksi dan sebuah kumpulan pemantau pula melaporkan empat letupan bom. Sementara di Homs, jumlah yang maut itu akibat serangan bom serentak dengan lebih 100 lain cedera. - Reuters