1 April 2016 - 18:13
Wahhabi serang majlis mengenang kelahiran Fathimah (a.s)

Pengikut mazhab Syiah Imamiyyah dikawal ketat oleh pasukan keselamatan setelah menyedari betapa bahayanya kumpulan Wahhabi. Foto - Muhajir Arifin

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ratusan penganut ajaran Wahhabi yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Tim Peduli Umat Masjid Ar Riyad dan Aswaja Bangil berusaha menyerang sambutan ulangtahun kelahiran anak Nabi (s.a.w), bernama Fatimah (a.s).

Sejumlah pasukan polis telah dikerah mengawal kelompok ektremis Wahhabi tersebut dan majlis berjaya dilangsungkan dengan waktu yang singkat, iaitu dari pukul 8 pagi hingga pukul 10:22 pagi, waktu Indonesia Barat.

Kumpulan Wahhabi akhirnya bersurai apabila mengetahui majlis tersebut sudah berakhir. Menyedari betapa bahayanya kumpulan Wahhabi, para hadirin juga dikawal oleh pihak polis untuk keluar dari tempat tersebut.

Wahhabi merupakan ajaran yang menjadi pegangan utama kumpulan-kumpulan pengganas Muslim di seluruh dunia seperti ISIS, Taliban, al-Qaeda dan lain-lain lagi.

Antara kepercayaan kumpulan ini ialah menyambut kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w) atau kerabat baginda adalah bid'ah dan orang yang melakukannya perlu dibunuh.