Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pengganas ISIS melancarkan serangan gas beracun yang dilarang di peringkat antarabangsa ke atas pengkalan udara tentera Syria di wilayah Deir Ezzour, kata sumber tentera hari ini.
"ISIS menyerang lapangan terbang di Deir Ezzur dengan kerongsong yang mengandungi bahan kimia beracun dan beberapa orang tentera yang berada di tempat kejadian mengalami sesak nafas setelah serangan," tegas sumber.
Jawatankuasa pemusnah senjata kimia dikerah ke tempat kejadian sejurus selepas insiden.
Rekod pihak berkuasa Syria menunjukkan pengganas ISIS telah menggunakan berbagai bentuk gas beracun untuk menyerang sasaran.
Serangan tersebut merupakan jenayah perang terhadap kemanusiaan dalam konvensyen di Geneva tahun 1949.