Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ulama terkenal universiti al-Azhar yang baru masuk Syiah berkata, "Saya ingin tinggal di samping makam Amirul Mukminin (a.s)."
Dr. Misbah al-Radini, 73 tahun berkata demikian sambil menitiskan air mata ketika mengunjungi makam Imam Ali bin Abi Talib (a.s).
Tegasnya lagi, beliau juga berhasrat untuk menghabiskan sisa umurnya di samping makam tersebut.
Dr. al-Radini merupakan seorang pemimpin senior Ikhwanul Muslimin mengistiharkan dirinya masuk Syiah setelah empat tahun menyelidik mazhab tersebut.
Beliau sebelum ini menghabiskan usia selama 40 tahun tekun berdakwah di Amerika dan membangunkan masjid-masjid serta pusat-pusat Islam di sana.
Beliau juga pernah bekerjasama dengan yusuf al-Qaradhawi dan guru kepada Muhammad Morsi.
14 April 2016 - 17:53
News ID: 747356
Ulama al-Azhar yang merupakan pemimpin Ikhwanul Muslimin berkata, "Saya ingin menghabiskan sisa umur di samping makam Imam Ali (a.s)