Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kumpulan takfiri di Pakistan bertindak membunuh seorang pejuang hak asasi manusia dan media, bernama Sayid Khorram Zaki yang juga pengikut mazhab Syiah, di Karachi semalam.
Sayid Khorram Zaki dan seorang lagi bernama Khalid terbunuh, manakala tiga yang lain mengalami kecederaan selepas ditembak oleh empat lelaki bermotor di sebuah restoran.
Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital Karachi.
Sayid Khorram lahir pada 26 Nac 1976, merupakan seorang penyelidik, wartawan, penulis blog dan aktivis hak asasi manusia. Beliau gugur syahid selang beberapa jam setelah mengucapkan tahniah kepada Sadiq Khan yang menjadi datuk bandar London.
Majlis Wahdat Pakistan mengecam pembunuhan ini dan meminta pihak berwajib mencari dalang pembunuhan tersebut.





















