Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kumpulan militan IS mengambil kesempatan melancarkan serangan bom di kota Karbala ketika umat Islam sedang sibuk menyambut bulan Ramadhan.
Sebuah kereta yang sarat dengan bom dilaporkan meledak di Hay al-Muwazzafin sehingga menyebabkan kematian 8 penduduk awam, manakala 21 yang lain mengalami kecederaan.
Media-media lain melaporkan serangan terjadi kira-kira 1500 meter dari Haram Imam Husain.
Ambulan dan pasukan keselamatan bergegas ke lokasi serangan selepas serangan.
Serangan terjadi ketika kira-kira 2,000 penziarah Iran berada di Karbala.
Dalam masa yang sama, televisyen al-Jazeera melaporkan militan IS bertanggung jawab dalam serangan terbabit.
Sejak setahun kebelakangan ini, sistem keselamatan kota Karbala tergugat apabila beberapa serangan pengganas lolos sehingga menyebabkan kematian penduduk awam.


...............