25 Ogos 2010 - 19:30

Amerika ingin memburu kumpulan al-Qaeda dengan pesawat pengintip.

New York - Badan Perisikan CIA menganggap anggota al-Qaeda di Yaman sebagai ancaman buat Amerika. Langkah terbaru mereka ialah ingin menggunakan pesawat pengintip dalam operasi rahsia memerangi kumpulan ini. Surat Kabar Washington Post pada hari Rabu lalu menyatakan, CIA percaya kumpulan ini ada pengkalan di Yaman dan bergerak di bawah arahan Osama bin Laden yang datang dari Pakistan. Ini boleh mengancam keselamatan Amerika. Washington Post melaporkan Pasukan Gerak Khas Amerika sudah beberapa tahun bekerjasama dengan Amerika untuk memburu kumpulan al-Qaeda di Yaman. Salah satu badan anti terroris Amerika pula mengatakan al-Qaeda dan semua sektornya sangat berbahaya, namun al-Qaeda di Yaman belum lagi menerima tentangan seperti mana al-Qaeda di Pakistan.