Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Hujjatul Islam Akhtari ketika menjelang hari al-Quds menyatakan, “Imam Khomeini telah memberi perhatian yang sangat luar biasa tentang pentingnya masalah al-Quds dan Palestin serta memerangi regim Zionis dengan cara menyedarkan umat Islam tentang masalah Palestin”.
Beliau menambah, “Imam Khomeini sebelum revolusi telah member peringatan tentang bahaya Zionis buat Islam serta negara-negara Islam. Beliau juga menganggap regim ini adalah kelenjar barah di dalam rantau ini”.
Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait Sedunia menambah, “Imam menegaskan pembasmian regim ini, menyelamatkan Baitul Maqdis dan pembebasan Palestin hendaklah diupayakan usaha dan dana”.
Beliau menerangkan, “Imam memahami perancangan musuh secara mendalam, ini disebabkan kuasa besar dalam bentuk imperialis bersama sekutu mereka berusaha menjadikan menjadikan tanggapan orang ramai di sana bahawa Palestin hanyalah masalah terbatas dalam negara itu sahaja. Seterusnya dunia Islam dan Arab memisahkannya sehingga peta jahat mereka dapat dilakarkan. Namun Imam mengetahui niat musuh ini lantas menjadikan Palestin sebagai satu masalah penting untuk dunia Islam.
Hujjatul Islam Akhtari menerangkan, “Kerana ini Imam memperkenalkan hari terakhir bulan Ramadhan sebagai hari al-Quds supaya umat Islam bangun, sensitiviti mereka akan tersinggung dan tekad mereka bulat dalam sebuah pergerakan komoniti Islam".
“Tahun ini hari al-Quds sedunia di Iran dan negara-negara lain hendaklah lebih baik seiring dengan konflik yang semakin parah. Ancaman regim Zionis ke atas Iran dan negara-negara Arab lain lebih banyak dari sebelumnya. Regim ini melakukan jenayah kerana wujud masalah-masalah dalamannya. Kelancangan bahasanya melebih-lebih. Meraka melakukan ini kerana ingin umat Islam bangkit dengan perjuangan yang mendatangkan kesengsaraan” katanya.
Setiausaha Agung Majma’ mengisyaratkan,, “Permasalahan Palestin bukan sahaja belum selesai, namun ia menjadi lebih luas dengan tekanan, pemusnahan, pembunuhan yang bertambah dan pengepungan Gaza yang semakin meningkat”.
“Tekanan yang meningkat ini dan penerusan pencabulan oleh regim penjajah al-Quds, seterusnya pengepungan Gaza dengan sendirinya menekan orang Islam turun ke jalan-jalan di hari al-Quds untuk pembelaan”.
Perdamaian yang menguntungkan regim Zionis
Hujjatul Islam Akhtari menerangkan, “Orang Islam tidak boleh membiarkan warga Palestin terpencil sendirian, kerana Amerika tidak dapat mengelak dari mempertahankan regim Zionis. Rancangan damai tersebut menyebabkan masalah ini bertambah”.
Beliau menambah, masalah perjanjian ini telah diterangkan oleh Obama kerana pilihanraya kongres Amerika sudah dekat sedangkan penduduk dunia dan Palestin tahu ada isu lain yang sedang direncanakan.”
Setiausaha Agung Majma’ Ahlul Bait menerangkan, “Isu angkatan bantuan kemanusiaan menambahkan kemarahan umat Islam terhadap Zionis kerana kumpulan ini hanyalah bertujuan menyampaikan bantuan ke Gaza dan mereka terdiri dari warga berbagai negara dan berbagai agama”.
Isu yang direka cipta berulang dan tidak bermanfaat!
Beliau menerangkan, perdamaian antara Palestin dan regim Zionis sama sekali tidak memberi pencapaian dikalangan umat Islam dan Palestin di rantau tersebut. Perdamaian ini tidak lebihdari sebuah plan kerana sejarah menyaksikan ketika krisis melanda negara mereka, rancangan tidak berfaedah ini akan mereka ketengahkan”.
Kehinaan jua akhirnya buat beberapa negara Arab
Hujjatul Islam Akhtari berkata, “Negara-negara Arab sejak 60 tahun kebelakangan ini beberapa kali menandatangani perjanjian keji. Hari ini juga mereka bergerak melalui jalan ini juga dan ini membelengu umat Islam Palestin atau dengan makna yang lain; negara-negara Arab yang berada di tengah umat tidak mempunyai perlindungan dan sokongan dana, lantas mereka pergi berlindung dengan Amerika.
Akhir sekali beliau menerangkan, “Sebahagian negara-negara Arab membuatkan pengepungan Gaza semakin parah apabila mempertahankan tindakan Israel dan Mesir sehingga perjuangan di Palestin dapat dilumpuhkan”.