6 September 2010 - 19:30

Republik Islam Iran membuat perancangan untuk melancarkan saluran televisyen yang menayangkan filem dalam bahasa Arab pada penghujung bulan Ramadhan ini.

Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Saluran televisyen baru iFilem alih suara akan ke udara pada hari khamis ini dengan pengisian filem penting dan drama bersiri menurut kata timbalan pengarah penyiaran IRIB Muhammad Sarafraz kepada wartawan Isnin lalu.

Tanggal 9 September ini, rangkaian televisyen 24 jam ini akan memperkenalkan sejarah dan kesenian Iran kepada 300 juta penutur bahasa Arab di seluruh dunia .

Republik Islam Iran juga berhasrat ingin menerbitkan saluran 24 jam dalam bahasa Spanyol untuk penuturnya yang sangat ramai.

Pelancaran iFilm ini tercetus akibat pertambahan populariti saluran Press TV 24 jam dalam bahasa Inggeris terbitan Iran.

Press TV dilancarkan pada Julai 2007 terkenal sebagai saluran berita alternatif dengan menyiarkan warta berita yang tidak berat sebelah dan sumber yang lebih tepat serta mengungkap peristiwa yang disembunyikan.