20 September 2010 - 19:30

Penguasa Bahrain mengumumkan pada hari Ahad lalu mereka telah melucutkan kewarganegaraan seorang ulama Syiah bernama Ayatullah Syaikh Hussain al-Najati serta isterinya dan tiga anaknya.

Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Manama-Kerajaan Bahrain mengumumkan pada hari Ahad lalu bahawa mereka telah melucutkan kewarganegaraan seorang ulama Syiah bernama Ayatullah Syaikh Hussain al-Najati, isterinya dan tiga anaknya.

Tindakan ini diumumkan sejurus setelah penguasa Bahrain menghalang seorang ulama Syiah menyampaikan khutbah Jumaat selama dua minggu.

Pengarah Passport dan Imigresyen memaklumkan perkara ini dengan dakwaan bahawa Syaikh Husain, isterinya dan tiga anaknya telah melanggar undang-undang.

Al-Najati merupakan wakil Ayatullah Sistani di rantau teluk dan dianggap pemimpin Syiah Bahrain yang mempunyai ramai pengikutnya. Pejabatnya setakat ini menolak untuk memberikan sebarang ulasan.

Sementara itu Kementerian Pengadilan dan Urusan Islam mengeluarkan notis bahawa khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Miqdad mengancam keamanan nasional. Al-Najati dan Miqdad dianggap dua tokoh pembangkang yang mengkritik dasar layanan keras kerajaan Bahrain terhadap Syiah di nagara tersebut.

Al-Miqdad juga merupakan salah seorang sanak saudara Syaikh Muhammad Habib al-Miqdad yang telah ditangkap oleh penguasa Bahrain pada bulan lalu bersama 22 tokoh pemimpin pembangkang Syiah yang lain. Setelah itu gelombang penangkapan merebak sehingga 250 orang Syiah ditangkap tanpa dimaklumkan penjara mereka.