Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pemimpin Agung Revolusi Islam Iran Ayatullah Sayed Ali Khamenei berkata pada hari Selasa bahawa fakta berjuta-juta jiwa tidak berumah atau hidup melarat merupakan kenyataan pahit di kalangan masyarakat Amerika menurut laporan Agensi Berita Iran IRNA.
Pemimpin Agung ini menyatakannya dalam pertemuan bersama imam-imam solat Jumaat seluruh negara di Tehran pada hari Selasa.
Presiden Iran hanyalah mendedahkan sebahagian realiti dan statistik tatkala memberikan ucapan gilang gemilangnya di ibu pejabat PBB di New York ujar Ayatullah Khamenei.
Kuasa penindas telah memonopoli aset dunia dan kekayaannya untuk beberapa individu dan pengikutnya kata Sayed Ali sambil menambah bahawa standard hidup warga Amerika dari berbagai lapisan masyarakat adalah bukti terbaik fakta ini.
Bangsa Iran tahu cara berurusan dengan kuasa hegemoni Amerika yang jelas mendukung penindasan terhadap orang Islam terutama rakyat Palestin, kata pemimpin ini.
Imam solat Jumaat hendaklah berwaspada dalam berurusan dengan masalah sosial. Semua orang juga hendaklah berhati-hati ketika berhadapan dengan komplot musuh, pemuda-pemudi Iran pula merupakan sasaran utama musuh kerana mereka adalah jentera masyarakat, tambah beliau lagi.