Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Wakil parlimen dan ketua parti Nassiriyah, Usamah Saad dan ulama Sunni Lubnan Syaikh Maher Hamoud menganggap lawatan Ahmadinejad tatkala situasi genting di rantau ini adalah sangan penting.
Saad menyatakan kepada Agensi Berita Iran (IRNA), sokongan Republik Islam ini sangat penting untuk menghadapi ancaman Zionis.
Iran sangat berminat untuk mengukuhkan kesetiakawanan nasional Lubnan, katanya negara tersebut sudah menyatakan kesediaan untuk memperlengkapkan senjata tentera Lubnan dan menambah kerjasama dalam sektor minyak dan tenaga.
Beliau menyatakan bahawa propaganda barat terhadap kedatangan Ahmadinejad di Beirut tidak memberi kesan terhadap warga Lubnan.
Merujuk kepada ikatan kukuh Tehran-Beirut beliau berkata, perluasan hubungan bilateral akan membawa keamanan di seluruh rantau tersebut termasuk Lubnan.
Sementara itu Syaikh Hamoud berkata bahawa lawatan Ahmadinejad akan mengukuhkan lagi perjuangan Moqawamah.
Beliau menyatakan lagi lawatan ini akan membantu keamanan di Lubnan dan akan memberikan kesan positif dalam pandangan pelbagai parti di Lubnan.