Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Berikutan meninggalnya seorang ulama di Hijaz yang bernama "Allamah Shaykh Ali al-Amri", Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait Hujjatul Islam Akhtari mengucapkan takziah sebagai berikut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

"Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kepada-Nya kita kembali"

Kepada Hujjatul Islam wal Muslimin Haji Shaykh Kazim al-Amri,

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh.

Dengan segala dukacitanya kami menerima khabar pemergian ayah anda "Allamah Sheikh Mohammad Ali al-Amri. Beliau seorang yang  menghabiskan seluruh usianya di jalan Allah dan Ahlul Bait.

Sesungguhnya pemergian beliau sangat mendukacitakan hati kami. Meskipun begitu ia mengingatkan kita bahawa beliau adalah tokoh yang penting buat sekalian pengikut Ahlul Bait (a.s).

Ternyata Allahmah tersebut merupakan seorang tokoh syiah Ahlul Bait bagaikan cahaya yang menerangi jalan-jalan kebaikan dan dakwah ke arah sirah nabawiyah, dan keluarga baginda yang suci.

Majma' Ahlul Bait memaklumkan kesedihan yang mendalam di hati, semoga Allah menghimpunkan beliau bersama Nabi (s.a.w) dan Ahlul Bait baginda di Syurga. Begitu juga kepada anda dan keluarga beliau, semoga Allah memberikan ketabahan dan ketenangan.

Azzamallah Ujurakum
Muhammad Hasan Akhtari
Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait (a.s)
24 januari 2011