Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengarah Hawzah Ar-Ridha menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan empat pengikutnya semalam sebagai tindakan biadap dan suatu bentuk penindasan menurut laporan berita Malaysiakini.Beliau mendakwa pihak berkuasa tempatan itu menangkap mereka tanpa waran dan tidak mengikut sistem perundangan yang betul.Tindakan JAIS dalam membuat serbuan dan menahan empat anggota Syiah adalah bercanggah dengan Artikel 11, Perlembagaan Malaysia, yang menyebut agama Islam sebagai agama rasmi dan penganut-penganut agama lain bebas untuk mengamalkan ajaran agama mereka," kata Mohd Kamil Zuhairi.Menurut beliau lagi, mereka ditahan atas dakwaan menyebarkan mazhab Syiah meskipun majlis jamuan itu telah diadakan setiap tahun untuk mengenang kelahiran puteri Rasulullah (s.a.w), Fatimah Az-Zahra.Mereka yang ditangkap bersamanya di di Dataran Rakyat, Taman Sri Gombak ialah Radin Ahmad Faizul Radin Mohd Hambali, Mohd Asyraf Ahmad dan Syed Mohd Shafik Syed Hussin.Mohd Kamil berkata, ketika serbuan lebih 1000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan agama dalam konteks 1Malaysia menghadiri majlis tersebut dan sedang menjamu selera. Tindakan menangkap mereka adalah sesuatu yang tidak wajar dan memeranjatkan."Ini kerana pihak penganjur telah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Selayang, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (Rela) untuk menganjurkan majlis tersebut," katanya.Oleh kerana itu, beliau mendesak pihak JAIS membatalkan segala tuduhan terhadap mereka kerana majlis tersebut telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.Katanya, mereka juga akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada 7 Jun depan.Sementara itu, pengikut mazhab Syiah berkenaan turut membuat laporan polis tentang dua artikel yang didakwa berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 23 Mei 2011 berjudul "Masyarakat mesti disebar luas bahaya Syiah" dan "Tiada sebab terima Syiah di Malaysia" semalam. Kedua-dua artikel itu hasil tulisan Hasliza Hassan.
25 Mei 2011 - 19:30
News ID: 243519