Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung Majma' Ahlul Bait Hujjatul Islam Muhamad Hasan Akhtari dan beberapa orang ulama dan presiden beberapa pertubuhan kebudayaan dan agama Republik Islam Iran.
Di awal majlis Hujjatul Islam Sayid Ali Fadhlullah selaku anak al-Marhum menyampaikan pesanan dalam ucapannya dengan mengatakan, "Beliau adalah ayah kita semua, beliau pergi meninggalkan kita dalam keadaan sarat dengan ilmu, mewarisi rujukan spiritual dan gelora sentimen budi pekerti".
Beliau turut menceritakan kerasionalisme Allamah sambil berkata, "Salah satu rangkaikata Al-Marhum yang terkenal ialah, beliau selalu mengatakan "Janganlah anda korbankan pemikiran anda untuk sentimen, janganlah kerana emosi anda singkirkan fikiran sendiri; kerana akal adalah modal anda yang paling penting".

Ali Fadhlullah menambah, "Meskipun Allamah Fadhlullah sudah pergi, kita
masih terasa kewujudan beliau di kalangan kita. Beliau adalah seorang
berbicara dengan asas dan selalu berkata, kita semua hendaklah berfikir
bagaimana hendak bangun berjuang. Sekarang kita sedia menguatkan harga
akhlak dan menyingkirkan masalah kemanusiaan. Kita sentiasa bekerjasama
dalam mengukuhkan dialog antara Kristian dan Islam. Perpaduan nasional
juga kita pelihara dan kukuhkan".

Mengenai pembelaan Allamah terhadap perjuangan Islam, beliau mengatakan,
"Allamah Fadhlullah selalu mengatakan, kita tidak akan bertoleransi
dalam menghadapi kuasa angkuh, kita tidak sekali-kali akan menyerahkan
Palestin, bahkan kita bersama pahlawan-pahlawan Palestin. Oleh kerana
itu bersama-samalah kita teruskan prosedur jalan ini. Demi sebuah
fondasi yang gagah, semua pihak hendaklah meneruskan perjalanan kita.
Kerana ini juga, seluruh kekuatan dan elemen perjuangan termasuk elemen
akhlak dan pemikiran diterapkan dalam jihad menentang musuh yang tidak
tahu apa pun kecuali kekerasan".

Majlis diteruskan dengan ucapan speaker Parlimen Lubnan Nabih Berri, timbalan Setiausaha Agung Hizbullah Syaikh Naim Qasim, Menteri Pelajaran dan Pendidikan Iraq Ali Al-Adib serta beberapa orang tokoh negara Islam. Mereka menceritakan peranan Al-Marhum ketika hayatnya sambil menegaskan akan meneruskan jalan beliau.

Dr.Tabarraei selaku Pembantu Tadbir Majma' Jahani Taqrib Mazahib Islami turut membacakan pernyataan pihak Taqrib.
