Salah satu syubhat yang disebarkan oleh golongan Wahabi di kalangan masyarakat kita ialah penolakan kitab-kitab tertentu Ahlusunnah atau menuduh tokoh golongan ini sebagai orientalis supaya mereka dapat lari dari kebenaran. Antara kitab yang diprotes itu ialah Al-Imamah Wa Siyasah hasil karya Ibnu Qutaibah.Ibnu Qutaibah yang wafat pada tahun 276 Hijrah merupakan cendiakawan terkenal Ahlusunnah dalam jurusan kesusasteraan, sejarah, fikah, hadis, Ulum Al-Quran dan banyak lagi. Wahabi yang tidak berdaya menafikan kethiqahan beliau berusaha bersungguh-sungguh agar kitab Al-Imamah Wa Siyasah diselewengkan dan dijatuhkan dari kedudukan yang muktabar.Oleh kerana itu kita hendaklah mengetahui beberapa jawapan yang singkat untuk menghadapi dakyah tidak berilmiyah tersebut.Pertamanya, kitab ini sudah banyak kali dicetak di Mesir dan beberapa negara yang lain dengan nama penulisnya iaitu Ibnu Qutaibah Dainuri sehingga beberapa naskah telah tersebar ke serata dunia dan dapat ditemui di perpustakaan Mesir, Paris, London, Turki dan India.Kedua: Menuduh alim ulama Sunni dengan kalimah Orientalis sebenarnya terlalu jauh dari status seorang pengkaji Islam. Selain itu apakah motif sebenar mengaitkan mereka ini dengan orang asing? Mengapa perlu pergi kepada orientalis sedangkan banyak sekali pendurhakaan dan pengingkaran mereka terhadap sunnah Nabi? Jelas sekali mereka ini sukar mencari dalil sehingga sanggup menunding orang lain sebagai orientalis.Ketiga: Ramai sekali ulama Ahlusunnah, termasuk cendiakawan Islam di zaman ini secara langsung menukilkan sejarah dari kitab Ibnu Qutaibah tersebut. Antaranya ialah:1.    Ibnu Hajar Al-Haitsami di dalam kitab Tathir Al-Jinan Wal Lisan, (ابن حجر الهيثمي، أبو العباس أحمد بن محمد بن علي (متوفاي973هـ)، تطهير الجنان و اللسان، ص72.) Abu Al-Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali, meninggal pada tahun 973 Hijrah, Tathir Al-Jinan Wa Lisan, halaman 72.2.    Ibnu ‘Arabi Al-Maliki di dalam kitab Al-‘Awashim Min Al-Qawashim secara langsung menukilkan beberapa perkara    dari kitab tersebut dan menyabitkan pengarangnya adalah Ibnu Qutaibah. (إبن العربي، محمد بن عبد الله أبو بكر (متوفاي543هـ)، العواصم من القواصم في تحقيق مواقف الصحابة بعد وفاة النبي صلى الله عليه وسلم، ج 1، ص 261، تحقيق: محب الدين الخطيب - ومحمود مهدي الاستانبولي، ناشر: دار الجيل - لبنان - بيروت، الطبعة: الثانية، 1407هـ - 1987م.) Ibnu Arabi Muhammad bin Abdullah Abu Bakar, meninggal pada tahun 543 Hijrah, Al-Awashim minal Qawashim fi Tahqiq Mawafiq Al-Shahabah Ba’da Wafat An-Nabi, jilid 1 halaman 261.3.    Najmuddin ‘Umar bin Muhammad Makki, terkenal sebagai Ibn Fahad di dalam kitab Al-Ithaf Al-Wara bil Akhbar Ummul Qura ketika menyebut tentang peristiwa tahun 93 Hijrah mengatakan:و قال ابومحمد عبدالله بن مسلم ابن قتيبة في كتاب الامامة و السياسة....ابن فهد، نجم الدين عمر بن محمد مكى، اتحاف الورى باخبار ام القرى، حوادث سال 93 هـ ق.4.    Qadi Abu Abdullah Tanuzi terkenal sebagai Ibn Syubat di dalam kitab Al-Shillah Al-Samthiyyah dalam bahagian kedua bab 34.5.    Taqiyuddin Fasi Makki dalam kitab Al-‘Aqdul Tsamin, jilid 6 halaman 72.6.    Yusuf Ilyah di dalam kitab Mu’jam Al-Matbu’at Al-‘Arabiyyah menyebut biografi Ibnu Qutaibah seperti berikut:2 الإمامة والسياسة ابتدأ فيه بذكر فضل أبي بكر وعمر. مط النيل 1322 جزء 2 بتصحيح محمد محمود الرافعي مصر 1327 ص 395 مط الفتوح الأدبية جزء 2 1331 ص 181 و 184.سركيس، يوسف اليان (متوفاي1351هـ)، معجم المطبوعات العربية، ج1، ص211، ناشر: مكتبة آية الله المرعشي النجفي ـ قم، 1411هـ.7.    Farid Wajdi di dalam kitab Dairah Al-Mu’arif Al-Quran Al-‘Isyrin menulis:اورد العلامة الدينورى في كتابه الامامة و السياسة....وجدي، فريد، دايرة المعارف القرن العشرين، ج2، ص754.Di halaman 749 beliau menulis:... كتاب الامامة و السياسة لابى محمد عبدالله بن مسلم الدينورى المتوفى سنة 270 هـ.8.    Dr. Ahmad Zaki Safwat penulis terkenal di zaman ini dan professor bahasa Arab di sebuah Universiti Mesir di dalam bukunya Jumhurah Khutab Al-‘Arab beberapa kali menukil dari kitab Al-Imamah Wa Siyasah yang dikaitkan dengan Ibnu Qutaibah:وزاد ابن قتيبة في الامامة والسياسة: والله يا أهل العراق ما أظن هؤلاء القوم من أهل الشأم إلا ظاهرين عليكم.صفوت، أحمد زكي، جمهرة خطب العرب، ج 1، ص 422، ناشر: المكتبة العلمية - بيروت.وزاد ابن قتيبة في الإمامة والسياسة: فرق الله بيني وبينكم وأعقبني بكم من خير لي منكم وأعقبكم جمهرة خطب العرب، ج 1، ص 426.نص آخر لخطبة طارق. وروي ابن قتيبة هذه الخطبة في الإمامة والسياسة بصورة أخري.جمهرة خطب العرب، ج 2، ص 316.Apakah bukti dari ulama dan cendiakawan Ahlusunnah belum cukup untuk menyabitkan kitab ini dengan Ibnu Qutaibah?Ke-empat: Meskipun liku-liku sejarah Islam menyimpan kisah pahit, sekelompok tokoh Ahlusunnah tergamak memprotes Ibnu Qutaibah kerana menyingkap kebenaran dan enggan mengikut rentak penafian sejarah. Mereka menyatakan kekesalan atas sikap beliau yang tidak berpendirian seperti tokoh yang lain. Ibnu ‘Arabi di dalam kitab Al-‘Awashim min Al-Qawasim menyatakan:ومن اشد شيء على الناس جاهل عاقل أو مبتدع محتال فأما الجاهل فهو ابن قتيبة فلم يبق ولم يذر للصحابة رسما في كتاب الامامة والسياسة ان صح عنه جميع ما فيه إبن العربي، محمد بن عبد الله أبو بكر (متوفاي543هـ)، العواصم من القواصم في تحقيق مواقف الصحابة بعد وفاة النبي صلى الله عليه وسلم، ج 1، ص 261، تحقيق: محب الدين الخطيب - ومحمود مهدي الاستانبولي، ناشر: دار الجيل - لبنان - بيروت، الطبعة: الثانية، 1407هـ - 1987م.Perkara yang paling tidak menyenangkan masyarakat ialah orang yang cendiakawan yang jahil atau melakukan bid’ah penyelewengan. Orang yang jahil itu ialah Ibnu Qutaibah yang secara rasminya tidak berhati-hati tentang sahabat di dalam kitab Al-Imamah Wa Siyasah; jikalau beliau mensahihkan apa yang di dalam kitab tersebut (Ia tidak menolak asal usul kitab tersebut daripada Ibnu Qutaibah, cuma mengesyaki kesahihan perkara di dalamnya) – Ibnu Arabi, Muhammad bin Abdullah Abu Bakr (meninggal pada tahun 543 Hijrah), Al-‘Awashim min Al-Qawasim Fi Tahqiq Muwafiq Al-Sahabah Ba’d Wafat Al-Nabi, jilid 1 halaman 261.Jikalau tidak ada lagi dalil yang boleh mengaitkan kitab tersebut dengan Ibnu Qutaibah, maka cukuplah dalil dari kata-kata Ibnu Arabi untuk pencinta kebenaran kerana pengiktirafan lebih baik dari menyabitkan. Kata-kata Ibnu Arabi juga jelas menunjukkan sebab musabab golongan Wahabi berusaha mengingkari kaitan buku tersebut dengan Ibnu Qutaibah.Sementara itu pihak Ahlusunnah juga mempunyai prinsip mendiamkan diri apabila bertemu dengan sebuah riwayat yang tidak baik mengenai sahabat. Mereka mengajar diri mereka menjauhkan diri dari menukilkan sebarang riwayat tentang konflik para sahabat, maka tidak mustahillah sebahagian daripada kelompok ini mengelak dari meriwayatkan perbuatan zalim yang menimpa Ali bin Abi Talib, Fathimah dan pengikut Ahlul Bait yang lain.Menarik perhatian di sini, Mulawi Abdul Hamid Ismail Zahi, Imam Jumaat Sunni Zahedan Iran pernah mengatakan demikian di dalam satu wawancara:ما موظف به حفظ حرمت صحابه هستيم. ما نمى گوييم كه صحابه معصومند و گناه نمى‌كنند؛ اما نبايد به جاى يادآورى خوبي‌ها و اعمال صواب آن‌ها، متذكر خطاهايشان باشيم....نشريه نداى اسلام، حوزه علميه دارالعلوم زاهدان، سال اول، شماره4، ص11.Kita wajib menjaga maruah para sahabat. Kita tidak mengatakan bahawa para sahabat maksum dan tidak melakukan dosa; namun ketika menyebut kebaikan dan amalan soleh mereka, kita tidak boleh menyebut kesilapan mereka… - Nasyriye Neda-e- Islam, Hawzah ‘Ilmiyah Darul Ulum Zahedah, tahun pertama, bilangan 4 halaman 11.Kesimpulan:Menurut pengakuan ulama besar Ahlusunnah, kitab Al-Imamah Wa Siyasah adalah karya Ibnu Qutaibah manakala golongan Wahabi sengaja mengingkari fakta ini kerana pengarang kitab tersebut memdedahkan hakikat yang terjadi di balik sejarah yang selama ini dipendam oleh Ahlusunnah.