Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketika menjelang hari kelahiran Imam Hasan Al-Mujtaba, Ayatullah Sayid Ahmad Khatami sempat ditemubual dengan agensi berita ABNA. Beliau mengatakan, "Perselisihan antara para Imam tidak dapat diterima, darah di dalam urat Sayyidul Syuhada (Husain bin Ali) itulah yang mengalir di dalam urat Imam Hasan. Darah ini juga mengalir di dalam urat-urat Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib.
Mengenai tuduhan ganas terhadap agama Islam, beliau mengatakan, "Islam sebuah ajaran yang sederhana.
"Kita hendaklah berhati-hati dengan ucapan ekstrimis yang bebal dan tidak mesra".
Beliau menganggap masalah syafaat sangatlah dan berkata, "Oleh kerana pihak Wahabi secara tidak bermoral memasukkan syubhat tentang syafaat, hendaklah kita berbicara tentang syafaat dan betapa pentingnya tawassul. Namun yang perlu diberi perhatian ialah cara menerangkan masalah ini berbeza".
16 Ogos 2011 - 19:30
News ID: 260151
Anggota Syura Tertinggi Majma' Jahani Ahlul Bait menyatakan bahawa majlis agama hendaklah dihiasi dengan dalil dan emosi yang baik. Kata beliau: "Jikalau agama di dalam majlis dijelaskan dengan emosi, maka orang yang menekuni perbahasan ilmiyah dan aqliyah tidak akan mendapat manfaat"