Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Jannati merujuk kepada inisiatif pengasasas Republik Islam Iran, Al-Marhum Ayatullah Khomeini yang menamakan hari Al-Quds pada Jumaat terakhir di bulan Ramadhan sebagai kebangkitan umat Islam dan penuntut kebebasan menentang regim Zionis.Ayatullah Jannati mengatakan Hari Al-Quds Sedunia juga mempunyai tujuan meluaskan semangat anti-Amerika dan Zionis di kalangan ummah. Dengan ini regim zionis akan menempuh hari yang lebih parah.Sementara itu, khutbah Jumaat kelmarin turut menyentuh krisis kemanusiaan di Somalia dengan mengkritik kelalaian beberapa pihak di Barat dan pertubuhan antarabangsa terhadap warga rantau tersebut yang menderita kebuluran. Khatib turut menyeru negara-negara Islam membantu saudara seislam mereka di sana.Dalam bahagian khutbah yang lain, Ayatullah Jannati memuji kejayaan pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memerangi kumpulan pengganas PJAK yang sekaligus mewujudkan kestabilan dan keamanan di sempadan Barat Laut Republik Islam Iran.Mengenai pendakwaan ke atas regim diktator Mesir Hosni Mubarak, beliau mengatakan dasar penindasan yang dilakukan oleh regim Aal Saud dan diktator Regim Muammar Gaddafi sedang menanti nasib yang sama seperti yang terjadi ke atas Mubarak.
19 Ogos 2011 - 19:30
News ID: 260703
Khatib solat Jumaat di Tehran, Ayatullah Jannati menekankan bahawa Hari Al-Quds Sedunia sinonim dengan perlawanan umat Islam dan istiqomah mereka menentang regim pengganas Israel.