21 Januari 2012 - 20:30

Pihak musuh bersumpah memulakan pembunuhan ke atas penyokong revolusi Islam Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mawlavi Jhanggi Zahi dibunuh oleh kumpulan pengganas di kota Rasak, selatan Sistan dan Balucistan petang Jumaat lalu. Dua motorsikal bersama pemboncengnya melepaskan tembakan ke atas imam Sunni tersebut.

Mawlavi Jhanggi Zahi sebelum ini menyatakan kegembiraan beliau atas hukuman gantung sampai mati terhadap ketua pengganas selatan Iran dalam satu wawancara saluran Sidaye Sima. Setelah itu beliau menerima ancaman bunuh daripada kumpulan pengganas Rigi.

'Abdul Rauf Rigi, saudara kepada Abdul malik Rigi merupakan pengarah dan teoretikus kumpulan pengganas Wahabi ini. Sebelumnya beliau beberapa kali mengumumkan darah Mawlavi Jhanggi Zahi ini halal ditumpahkan sambil mengistiharkan jihad memerangi orang kafir.

Setahun yang lalu beberapa anggota kumpulan pengganas yang digelar penduduk tempatan sebagai Jundus-Syaitan (Askar Syaitan) ini menceroboh masuk ke dalam rumah Mawlavi Jhanggi Zahi dan sempat mengurung anak-anak dan isteri beliau. Namun percubaan membunuh imam Sunni tersebut gagal.

Mawlavi Mustafa Jhanggi Zahi ialah imam solat Ahlusunnah kota Rasak, selatan Sistan dan Balucistan telah ditembak mati oleh dua pembonceng motorsikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya setelah menunaikan solat Jumaat.

Mawlavi Jhanggi Zahi mengakui sudah beberapa kali menerima ugutan bunuh daripada kumpulan-kumpulan Wahabi supaya keluar dari wilayah Sistan dan Balucistan. Namun beliau menganggap mati syahid di jalan revolusi Islam adalah sebuah kebanggaan buat dirinya. Beliau juga tidak akan memandang ringan dalam mendedahkan siapakah Wahabi dan pencetus anti perpaduan di wilayah Sistan dan Balucistan.

Sebelum ini anak lelaki beliau pernah diculik oleh pengganas Wahabi, namun beliau masih tetap mempertahankan gagasan revolusi Islam.

Ucapan-ucapan Mawlavi Jhanggi Zahi tidak hanya dalam skop mendedahkan siapakah wahabi dan kumpulan pengganas Rigi, malah sepanjang setahun yang lalu beliau menganggap bahawa mengkritik Al Sa'ud dan Al Khalifah adalah kewajipan para ulama Ahlusunnah di Iran.

Pihak musuh sekarang ini mula mengambil langkah membunuh penyokong-penyokong sistem Republik Islam Iran. Kumpulan-kumpulan pengganas seluruh Iran kelihatan terdesak kerana seluruh operasi pembunuhan mereka tidak dapat menggugat sedikit pun keutuhan bangsa Iran dalam meneruskan perjuangan mereka. Pengganas baru-baru ini berjaya membunuh pakar nuklear Iran di Tehran dan dua askar di Kharram Abad.