Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Majlis pertemuan antara Ketua syura tertinggi Majma' Jahani Taqrib Mazahib Islami dan Penasihat Antarabangsa Urusan Ahlusunnah Iran bersama Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah berlangsung di Jakarta pada Isnin lalu (20-02-2012).

Dalam pertemuan ini, lebih 50 orang ulama dan tokoh Islam hadir yang membincangkan tentang perpaduan umat Islam dan menjawab persoalan tentang isu-isu terkini.
Di awal pertemuan ini, ahli jawatankuasa kepimpinan MUI, Dr. Junaidi berkata, "Konflik sejak akhir-akhir ini tentang Syiah di Indonesia, beberapa permasalahan tentang Ahlusunnah di Iran dan beberapa syubhat mengenai Syiah telah dijelaskan di mana kedutaan Iran di Indonesia mengambil kesempatan yang baik menganjurkan dialog, pendekatan pemikiran dan termasuk pemahaman yang sesuai antara satu sama lain."
Dalam pertemuan ini, ketua Syura Tertinggi Majma' Taqrib dan penasihat presiden Iran tentang Ahlusunnah Iran, Syeikh Mawlavi Ishaq Madani menjelaskan tentang kedudukan Ahlusunnah di Iran sambil membandingkan situasi mereka sebelum dan setelah revolusi Islam Iran. Katanya kemajuan prasarana, pusat-pusat agama, masjid dan madrasah Ahlusunnah di Iran berkembang pesat melebihi seratus peratus setelah revolusi Islam.

Imam Sunni Iran tersebut, menjelaskan bahwa keadaan Sunni di Iran adalah baik. “Keadaan Ahlussunnah adalah baik, tidak mengalami penindasan,” terangnya di hadapan para ulama.
Mawlavi Ishaq Madani menegaskan bahawa kebebasan Ahlusunnah di Iran adalah berpunca perlembagaan Iran yang membela nasib mereka. Selain itu mereka dapat melibatkan di diri di dalam majlis syura Islami, Majlis Khubregan dan jabatan-jabatan kerajaan sambil bebas mengamalkan kaedah dan akidah mazhab. Selain itu, beberapa pusat pengajian kerajaan Iran turut mengajar mata pelajaran fikah Ahlusunnah.
Wakil Majma' Taqrib, Dr. Tabra'iyan turut membicarakan tentang betapa pentingnya perpaduan umat Islam. Katanya Islam adalah sebuah agama yang menganjurkan dialog, perpaduan, persaudaraan dan kerjasama sehingga tidak ada perpecahan dan ikhtilaf di kalangan umat Islam. Dr. Tabra'iyan menambah, "Perpaduan umat Islam adalah peraturan Al-Quran. Matlamatnya bukanlah menghapuskan atau mengasimilasikan mazhab di antara pengikut mazhab lainnya, bahkan maksudnya ialah meluaskan dan menguatkan ruang persamaan untuk berdialog berasaskan manfaat yang dapat dikongsi di sisi masyarakat dan agama."
Beliau turut menganggap fatwa pemimpin agung Revolusi Islam Iran yang mengharamkan sebarang penghinaan terhadap isteri-isteri Rasulullah sebagai salah satu usaha perpaduan dan pendekatan antara mazhab. Selain itu, beliau menyatakan harapan tentang tandatangan MOU antara MUI dan Majma' Taqrib dapat membuka peluang dialog, kerjasama ekonomi dan perkembangan politik.