Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Peserta Persidangan Liga Arab di Baghdad yang berakhir kelmarin cuba mengelak dari membincangkan masalah pembunuhan rakyat Bahrain di samping memberikan perhatian penuh tentang isu Syria.
Sebahagian peserta kelihatan berusaha supaya tragedi pembunuhan kejam pembunuhan warga Bahrain di tangan diktator Al Khalifah tidak dibincangkan sedangkan wakil Bahrain turut hadir.
Persidangan menjadi lebih aneh apabila membincangkan konflik Syria tanpa kehadiran wakilnya. Pihak penganjur pula menerima ancaman daripada peserta bahawa mereka akan keluar dari dewan sekiranya masalah Bahrain dibangkitkan.
Meskipun begitu, persidangan Liga Arab ke 23 ini berakhir kelmarin dengan mengeluarkan deklarasi Baghdad yang menginginkan pemberhentian segera konflik di Bahrain, Syria dan pencerobohan Israel di Palestin.