3 September 2012 - 04:29

Ketika rakan-rakan negara Republik Islam Iran, media dan pemerhati bebas mencapai kesepakatan tentang pencapaian cemerlang persidangan NAM di Tehran, pihak musuh revolusi Islam Iran melepaskan geram mereka dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang terkeluar dari tatatertib adab diplomatik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Meskipun persidang NAM ke-16 sudah selesai beberapa hari lalu, reaksi pihak musuh terhadap pencapaian sidang ini tidak berhenti begitu sahaja.

Ketika rakan-rakan negara Republik Islam Iran, media dan pemerhati bebas sepakat tentang pencapaian cemerlang persidangan NAM di Tehran, pihak musuh revolusi Islam Iran melepaskan geram mereka dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang terkeluar dari tatatertib adab diplomatik. Kenyataan seperti ini dapat dilihat jelas dalam ungkapan-ungkapan para pemimpin Zionis.

Penganalisa politik Palestin, Amjad Shihab berkata, "Regim Zionis sentiasa panik dengan kejayaan persidangan ini."

Pakar masalah regim Zionis Fadhl Thahboub menegaskan, persidangan NAM yang dihadiri oleh negara-negara anggota ini menyebabkan regim Zionis dirundung dilema."

Beliau menganggap kehadiran perwakilan dari lebih 130 buah negara anggota NAM menunjukkan kegagalan politik Zionis dan Amerika dalam menyisihkan Iran.

Thahboub berkata, "Iran telah berterus terang bahawa pemanfaatan tenaga nuklear dengan tujuan keamanan adalah hak Iran yang sah berasaskan undang-undang antarabangsa."

Beliau juga percaya, gabungan negara-negara anggota di dalam persidangan di Tehran bakal mewujudkan pakatan baru anti-kolonialisme di rantau itu. 

Sementara itu kebanyakan penganalisa dan ahli politik yang lain turut mengakui persidangan di Tehran juga akan menyelesaikan kemelut krisis-krisis serantau.

Para pegawai negara Iraq juga bersetuju dengan kemampuan Iran dalam menerajui NAM selama tiga tahun ini untuk menyelesaikan krisis serantau.

Anggota pakatan negara berdaulat Iraq Muhammad al-'Ukli menegaskan bahawa negara-negara dunia ke-tiga dan para anggota NAM hendaklah memainkan peranan yang lebih efisyen dan berkesan dalam menghadapi isu-isu dan cabaran yang besar di Timur Tengah.

Fauzi Akram, anggota pakatan nasional Iraq juga berkata, "Mesyuarat gerakan NAM di Tehran yang dihadiri kebanyakan anggota-anggotanya telah mencapai kejayaan dan persidangan ini telah mengambil keputusan yang positif."

Beliau turut menyatakan harapan agar persidangan ini membuahkan hasil positif untuk negara-negara Arab dan negara-negara lain di dunia.

Salah seorang penganalisa Arab Ghalib Qandil mengatakan amanat Sayid Ali Khamenei dalam perasmian sidang pemimpin NAM memberikan nafas baru kepada persidangan untuk membebaskan diri dari dominasi Barat serta menjaga bangsa-bangsa yang dizalimi.

Beliau dalam sebuah artikel terbarunya menceritakan, "Kelangsungan sidang kemuncak NAM yang dihadiri anggotanya di Tehran menceritakan babak kemunculan sebuah blok besar di peringkat global. Sebahagian dari anggota pergerakan ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar di arena antarabangasa, serta berkemampuan menyediakan  struktur "perintah baru".