Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - 5 serangan bom terhadap 3 husainiyah di kota Kirkuk, Utara Baghdad telah menyebabkan tiga orang terbunuh dan hampir 30 yang lain cedera.

Berasaskan laporan berita ini, salah satu serangan bom telah menggunakan kereta manakala 4 serangan lain adalah bom kawalan jauh yang meledak sebaik sahaja solat Jumaat berlangsung.

Serangan pertama berlaku di Husainiyah "Khaz'al al-Tamimi", manakala serangan berikutnya disasarkan kepada "Husainiyah Imam Ali" dan "Husainiyah al"Mustafa".

Pasukan polis segera tiba di tempat kejadian dengan menyekat jalan masuk dan mengejarkan mereka yang cedera ke hospital berhampiran.