Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mufti Besar Syria, Sheikh Ahmad Badr el-Din Hassoun bertegas bahawa apa yang apa yang melanda rantau ini bukanlah gerakan pembebasan mahupun demokrasi seperti yang didakwa oleh beberapa pihak, namun ia bertujuan untuk memusnahkan dan merosakkan. Setelah itu gerakan ini ingin mewujudkan sebuah etnik, mazhab dan agama yang berasaskan entiti tertentu.Dalam wawancara bersama televisyen Syria pada Ahad lalu, Syeikh Hassoun menambah, Eropah tidak terkecuali dari pemecah belah yang melanda rantau ini dengan memperalatkan agama, etnik dan mazhab tertentu kerana Eropah mirip dengan selesema burung yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.Beliau menjelaskan bahawa pendirian Russia yang menyokong Syria dan keadilan di Majlis Keselamatan tidak bermakna menyokong individu tertentu atau beberapa orang, ini disebabkan ada usaha yang ingin menyerang dunia dan memusnahkannya dibawah tajuk "kebebasan" dan "demokrasi.""Russia benar-benar sedar apa yang terjadi di seluruh rantau ini, mereka tahu Syria merupakan salah satu sasaran rancangan jahat," tambah beliau sambil mengisyaratkan bahawa Russia sudah menggunakan kuasa vetonya sebanyak tiga kali untuk menghalang resolusi ke atas Syria. Sebaliknya Amerika telah menggunakan kuasa vetonya sebanyak 25 kali untuk melucutkan hak-hak Palestin dan Arab dari ibu pertiwi mereka.
1 Oktober 2012 - 20:30
News ID: 352855
Gerakan ini ingin mewujudkan sebuah etnik, mazhab dan agama yang berasaskan entiti tertentu