Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang penceramah Wahabi mengeluarkan fatwa yang membolehkan kumpulan pengganas memperkosa gadis Syria. Menurut laporan berita televisyen al-Jadeed dan portal berita Diyar, Muhammad al-Arifi yang merupakan ulama Arab Saudi dan mempunyai pengaruh di kalangan para pengganas sebelum ini pernah mengizinkan mereka berkahwin kontrak dengan wanita Syria walaupun beberapa jam demi memuaskan keinginan seksual, memotivasikan tekad untuk terus memberontak dan seterusnya untuk memasuki syurga. <br /><br />Penceramah tersebut meletakkan syarat agar perkahwinan kontrak itu hendaklah dengan gadis yang berusia sekurang-kurangnya 14 tahun, janda atau sudah bercerai.<br /><br />Meskipun begitu, para pengkritik al-Arifi menyatakan kemarahan mereka kerana fatwa ini membuka ruang kepada pengganas untuk mengeksploitasi mangsa krisis Syria dan boleh dianggap sebagai pemerkosaan. </body> </html>