2 Januari 2013 - 18:01

Masalah pembunuhan, pengkebumian, penawanan, setelah itu pembebasan tawanan belum berakhir.




Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikut adalah petikan Khutbah Jumaat pada 16 Oktober 1987 di Tehran yang dibawa oleh Ayatullah Sayid Ali Khamenei selaku pemimpin tertinggi revolusi Islam Iran: 

Saya ingin ingatkan satu perkara; kedatangan Ahlul Bait Husain bin Ali ke bumi Karbala merupakan sebuah prinsip yang dapat diterima. Namun ianya tidaklah diketahui umum pada tahun pertama atau kedua, cuma mereka tidak mengosongkan hati atau mengulangi perjanjian sebagaimana yang kadangkala dilafazkan dengan lisan. Hal ini sangatlah besar. Secara zahirnya ianya tidak boleh disamakan dengan masalah biasa, hendaklah rahsia-rahsia besar keagungan ini dibongkar dalam sebarang pekerjaan dan keputusan peribadi. Masalah kedatangan ke pusara Penghulu Syuhada (a.s) hakikatnya adalah melanjutkan gerakan Asyura. Mereka melakukan amalan ini dengan harapan agar pengikut Husain bin Ali (a.s), para sahabat keluarga Nabi dan umat Islam yang berada dibawah naungan kesan peristiwa ini mendapat kefahaman bahawa kejadian ini belum berkesudahan. Masalah pembunuhan, pengkebumian, penawanan, setelah itu pembebasan tawanan belum berakhir; masalah masih berlanjutan.

Mereka memperingatkan Syiah bahawa di sini adalah tempat kamu berhimpun, di sini tempat temu janji besar, dengan perhimpunan di sini hendaklah diperingatkan tentang matlamat masyarakat Syiah serta halatuju besar kaum muslimin. Pembentukan kerajaan dan usaha ke arahnya sehingga ke peringkat mati syahid juga hendaklah bersama dalam situasi tersebut! ini adalah perkara yang tidak boleh luput dari ingatan umat Islam, dan memori tersebut hendaklah sentiasa hidup. Kedatangan keluarga Nabi, Imam Sajjad (a.s), Zainab al-Kubra (a.s) ke Karbala dalam Arba'in adalah mempunyai maksud ini.